.:"Ya Allah, bukakanlah bagiku pintu-pintu rahmatMU".:.
.::Rasulullah s.a.w, baginda bersabda:Semoga Allah merahmati Nabi Musa kerana ia disakiti lebih dari ini tetapi ia sabar. (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim daripada Ibn Mas’ud) ::. Islam For All
Oct 1, 2011
MENUNDA NIKAH KERANA MASIH BELAJAR
Aug 6, 2011
SEMARAKKAN RAMADHAN
Pujilah Allah swt. karena Ramadhan telah diberikan kembali kepada kita.
Imam An Nawawi dalam kitab Adzkar-nya berkata:
”Dianjurkan bagi setiap orang yang mendapatkan kebaikan dan diangkat dari dirinya keburukan untuk bersujud kepada Allah sebagai tanda syukur; dan memuji Allah dengan pujian yang sesuai dengan keagungannya.”
Rancangkan agenda kegiatan harian untuk mendapatkan manfaat sebesar mungkin dari bulan Ramadhan.
Ramadhan sangat singkat, oleh itu, isi setiap detiknya dengan amalan yang berharga, yang akan membersihkan diri, dan mendekatkan diri kepada Allah swt.
Bergembira dengan datangannya bulan Ramadhan.
Rasulullah saw. selalu memberikan khabar gembira kepada para sahabatnya setiap kali datang bulan Ramadhan: “Telah datang kepada kalian bulan Ramadhan, bulan yang penuh berkah.
Allah telah mewajibkan kepada kalian untuk berpuasa. Pada bulan itu Allah membuka pintu-pintu surga dan menutup pintu-pintu neraka.” (HR. Ahmad).
Kuatkan azam, bulatkan tekad untuk mengisi waktu-waktu Ramadhan dengan ketaatan.
Barangsiapa jujur kepada Allah swt., maka Allah swt. akan membantunya dalam melaksanakan agenda-agendanya dan memudahnya melaksanakan aktiviti-aktiviti kebaikan.
“Tetapi jikalau mereka benar terhadap Allah, niscaya yang demikian itu lebih baik bagi mereka.” Muhamad:21.
Tinggalkan dosa dan maksiat. Isi Ramadhan dengan membuka lembaran baru yang bersih.
Lembaran baru kepada Allah, dengan taubat yang sebenarnya taubatan nashuha.
“Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung.” An-Nur:31.
Kepada masyarakat, dengan menjadi orang yang paling bermanfaat bagi mereka. Sebab, “Manusia yang paling baik adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain.”
Banyakkan berdoa.....untuk diri, keluarga, masyarakat dan agama...
SELAMAT BERBUKA.....AMBIL MAKANAN YANG BERKHASIAT DAN JANGAN MEMBAZIR..
WALLAHU'ALAM.
Jul 24, 2011
Keistimewaan yang Tuhan berikan kepada wanita terlalu banyaknya". "Kasihnya Tuhan kepada wanita!" Itulah kata-kata yang paling mudah digunakan untuk menggambarkan 'layanan' istimewa terhadap wanita dalam Islam. Sesungguhnya, tidak akan ada mana-mana ajaran, ideologi, isme atau agama lain yang dapat melayan wanita dengan sebegitu baik sepertimana Islam melayan wanitanya. Malah, kalau bergabung pun kesemua wanita yang cerdik pandai, berharta dan berkuasa di seluruh dunia ini untuk menambah hak dan pengiktirafan buat mereka, mereka pasti tidak akan mencapai taraf kemuliaan serta layanan baik yang Allah SWT tawarkan buat seorang wanita di dalam Islam.
Apr 5, 2011
Apa itu Inqilabiyyah
1. Rabbaniyyah
2. Syumuliyyah
3. Alamiyyah
4. Waqi'iyyah
5. Thabat wa Murunah
6. Inqilabiyyah
Inqilabiyyah;ciri khusus Islam yang ke-6, tertegaknya Islam atas kejatuhan jahiliyyah. Yakni tidak akan tertegaknya Islam seandainya jahiliyyah bermaharajalela dan tidak dihapus secara total. Islam bukan boleh ditempel-tempel dan diselit-selitkan pada celah-celah jahiliyyah. Islam bukan agama yang boleh bertoleransi dengan Jahiliyyah. Islam tak boleh ambik separuh dan separuh lagi bagi chance untuk Jahiliyyah. Tertegaknya Islam adalah atas keruntuhan jahiliyyah itu sendiri.
Amar Ma'ruf Nahi Mungkar
Lantas kerana itulah Islam bergerak secara amar ma'ruf dan tak lengkap tanpa nahi mungkar (berpesan2 ke arah kebaikan dan menjauhi kemungkaran). Tidak dapat tidak amar ma'ruf mesti disusuli dengan nahi mungkar. Sebagai contoh, kita berusaha bersungguh2 untuk mengajak sahabat2 kita melakukan kebaikan dengan membuat aktiviti2 seperti ceramah, qiamillail dan sebagainya sedangkan dalam masa yang sama aktiviti2 membatasi syarak seperti konsert2, jom heboh, masalah2 ikhtilat berleluasa. Patutkah begitu? Jangan salah faham pula, saya tak kata aktiviti2 ceramah itu salah. Sebaliknya, aktiviti2 mengajak sahabat2 ke arah kebaikan ini harus disertai dengan kerahan menjauhi serta memboikot aktiviti2 melampaui syarak tersebut.
Abul -Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Umar bin Abdul-Aziz berkata: "Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak menyiksa orang-orang umum kerana dosa-dosanya orang-orang yang tertentu tetapi apabila perbuatan dosa itu merahajalela dan terang-terangan kemudian tidak ada yang menegur, maka bererti semuanya sudah layak menerima hukuman."
Abu Hurairah r.a. berkata: "Nabi Muhammad s.a.w. bersabda (yang bermaksud): "Anjurkan lah kebaikan itu meskipun kamu belum dapat mengerjakannya dan cegahlah segala yang mungkar meskipun kamu belum menghentikannya."
Jahiliyyah dalam diri
Ayuh sahabat2 kita nilai diri masing-masing. Masih bersisa bakikah jahahiliyyah dalam diri? Lalu bagaimana hendak kita tegakkah Islam dalam pribadi bilamana Islam takkan teguh selagimana jahiliyyah tidak runtuh? -->persoalan untuk diri ini sendiri yang hendak dikongsikan bersama sahabat2 semua. Titik permulaan Islam adalah berpucuk dari diri kita sendiri. Andai pada diri sudah gagal untuk menegakkan Islam, bagaimana pula hendak ditegakkan Islam dalam masyarakat, negara dan dunia setelahnya. Ajaklah diri melakukan kebaikan, laranglah diri dari melakukan kemungkaran, kemudian beristiqamahlah dan bertwakkallah pada Allah swt. Teguh runtuh Islam adalah pada tangan kita sahabat2 sekalian.
“Dan mereka yang bejuang untuk menegakkan agama Kami, tentu akan Kami tunjuki ke jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah selalu bersama-sama dengan orang-orang yang berbuat baik.”
(Surah Al-’Ankabut: Ayat 69)
Jahiliyyah dulu vs Jahiliyyah kini
Dr. Yusuf al Qardhawi hafizahuLlah menyebut ,definisi Jahiliyyah menurut istilah ialah, ‘perasaan sangsi atau ragu terhadap kebenaran Allah Taala’. Jahiliyyah tidaklah termaktub hanya pada zaman sebelum kedatangan Islam di Mekah sebagaimana selalunya disinonimkan kerana pada hakikatnya jahiliyyah kini lebih mencabar keadaannya. Kerana apa? kerana jahiliyyah kini adalah jahiliyyah setelah datangnya Islam, setelah tersebarnya Islam dan setelah begitu ramai penganut beragama Islam. Mengikut pendapat As-Syahid Sayyid Qutb, beliau ada menempelkan perkataan jahiliyyah pada individu, penguasa dan juga masyarakat apabila mereka tidak mengikut tata cara hidup Islam. Mereka buta atau bodoh di sebabkan tidak nampak akan jalan sebenar yang Islam tunjukkan untuk memandu hidup manusia ke arah cahaya. Maka nampakkah sahabat2 sekalian betapa tertegaknya jahiliyyah kini? dan betapa jahiliyyah itu didirikan atas keruntuhan Islam itu sendiri?
Nov 6, 2010
Dunia Akhir Zaman
1) Imam yang adil,
2) Pemuda yang soleh,
3) Pemuda yang banyak menangis kerana Allah S.W.T,
4) Dua orang yang saling berkasih sayang kerana Allah S.W.T,
5) Seorang lelaki yang menjauhi dirinya daripada perempuan yang mengajaknya
berzina,
6) Seorang pemuda yang bersedekah tanpa orang lain mengetahui akannya,
7) Pemuda atau pemudi yang mendekatkan diri dengan masjid.
"
1) Seronok
2) Kemewahan
3) Berlumba-lumba memperbanyakkan harta
4) Menipu untuk mendapatkan pangkat
5) Cepat marah
6) Hasad dengki dan fitnah
"
Aug 13, 2010
Dalam Kelembutan Suburkan Ketegasan..Berlandaskan ilmu Keredhaan Ilahi.
"Wanita dimasyhurkan kerana tidak ditonjolkan. Ia tersembunyi biarpun hadirnya menggegarkan ”.
Dia adalah Hawa. Dia dicipta sebagai wanita. Pelengkap lelaki yang mempunyai keistimewaan yang tuntas dan termahal di dalam menjana peribadi unggul dan berprestij. Dia adalah aspirasi setiap generasi. Bertepatan dengan fitrahnya yang lembut, berhikmah, halus dan tersendiri, ia mempunyai sentuhan ajaib yang terlalu sukar untuk diganggu gugat. Agung dan uniknya wanita kerana menjadi tapak semaian pertama benih-benih generasi yang bakal mewarnai dunia dengan agenda perjuangan. Peranannya di dalam memanusiakan manusia tidak pernah dinafikan oleh kebenaran sejarah.
Dilahirkan sebagai wanita, insan yang dianggap lemah ini tidak pernah teragak-agak untuk bergandingan dengan rijal sebagai serikandi yang mekar dan terus mewangi di taman dakwah dan jihad. Senyumnya adalah rahsia yang tersingkap, tangisannya adalah rasa hati dan kemarahannya adalah pemberontakan kasih sayang. Amat malang, kewujudan makhluk ciptaan Tuhan yang merupakan sebahagian daripada juzu’ alam ini disalah ertikan oleh golongan jahiliah suatu ketika dahulu. Bagi mereka, wanita adalah lambang kehinaan, punca kepapaan, satu kaum yang tidak bernilai dan boleh ditanam hidup-hidup. Memanjangkan hayat wanita bermakna membenarkan kehinaan bertapak di dalam keluarga. Wanita adalah golongan terpinggir yang tidak pernah diiktiraf haknya di dalam meneruskan kehidupan mereka.Kebencian mereka terhadap wanita didedahkan oleh Allah di dalam Al Quran ketika kalam kepastianNya dituturkan, yang bermaksud :
“ Dan apabila seseorang dari mereka diberi khabar gembira dengan kelahiran anak perempuan, hitamlah ( merah padamlah ) mukanya dan dia sangat marah.Ia menyembunyikan dirinya dari orang ramai,disebabkan buruknya berita yang disampaikan kepadanya. Apakah dia akan memeliharanya dengan menanggung kehinaan ataukah akan menguburkannya ke dalam tanah (hidup-hidup)?. Ketahuilah, alangkah buruknya apa yang mereka tetapkan itu ”.-An Nahl - 58-59.
Kedatangan Islam meninggikan martabat wanita untuk bergerak seiring dengan kaum lelaki sebagai sayap kiri perjuangan. FirmanNya yang bermaksud :
“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh yang ma’ruf, mencegah dari yang mungkar, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah dan Rasulnya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah, sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana ”.- At Taubah- 71
Kelahiran Saidatina Khadijah, Aisyah, Fatimah, Asma’,Rabiah Al Adawiah dan serikandi-serikandi pejuang didikan madrasah Rasulullah menyerlahkan imej wanita sebagai ratu manusia dan ibu yang telah berjaya membentuk generasi rabbani. Saidatina Khadijah adalah lambang keunggulan wanita muslimah. Sebaris nama itu sering menjadi sebutan dibibir Rasulullah biarpun pada hari-hari selepas kematiannya. Dia adalah wanita pertama yang menjadi penyeri dunia Rasulullah. Fatimah yang solehah punya peribadi anggun yang menjadi nadi kepada kelangsungan hayat Saidina Ali. Dia tidak suka melihat lelaki dan tidak suka pula dilihat oleh lelaki. Asma’ telah berjaya melahirkan Abdullah Az Zubir, panglima yang gagah berani melalui kemantapan tarbiyyahnya. Rabiah Al Adawiah merupakan sumber inspirasi cinta yang sentiasa merindui Tuhannya. Dia tenggelam di dalam keasyikan cinta Al Haq yang sering melafazkan alunan resah pada setiap penjuru dosa.
“ Bagaimana aku tidak bersedih sedangkan aku tidak tahu samada Dia marah atau redha denganku ”.“ Alangkah buruknya hamba yang menyembah Allah S.W.T semata-mata mengharapkan syurga-Nya dan takutkan api neraka-Nya. Seandainya Allah tidak menjadikan syurga dan neraka, apakah kamu akan menyembahNya ? ”.
Itulah wanita-wanita yang sering menggegarkan dunia, menjadi idola setiap lelaki beriman.
Era pasca modenisme menyaksikan wanita-wanita yang seumpama itu kian lumpuh dan tandus. Wanita biasanya dikaitkan dengan kelemahan yang sering menuntut kebebasan. Mereka lebih mementingkan kecantikan zahir untuk dipertontonkan tanpa menekankan kecantikan diri ( batin ) yang lebih universal dan abadi. Wanita diekspliotasi oleh setiap golongan yang tidak memahami fungsi kewujudannya. Wanita bukan lagi pakar yang mempunyai penawar ampuh yang dapat merawat penyakit ummah yang semakin kronik dan bervariasi. Kebanyakan mereka adalah wanita adunan barat yang sering mengaplikasikan imej Diana, Madonna, Elizabeth Taylor, atau Whitney Houtosn sebagai budaya. Mereka adalah puteri, ratu dan Cinderella abad ke 21 yang menjadi igauan dan impian wanita-wanita yang berpenyakit hati.
Pastinya setiap wanita muslimah merasa terpanggil untuk merubah situasi ini. Emosi dan psikologi muslimah akan tertampar pedih melihat kemelut yang tercetus di abad ini. Ke mana hilangnya Khadijah, Aisyah,Fatimah, Rabiah dan Isabella di dalam diri wanita hari ini ? Apakah kehilangan mereka merupakan penamat kepada perjuangan muslimah atau pencetus kelahiran baru yang lebih gemilang ? Biarlah ilmu dan kesedaran yang menentukan keinginan kita untuk bertindak. Cukuplah perkhabaran daripada Rasulullah yang mengatakan bahawa kebanyakan wanita adalah penghuni neraka sebagai peringatan yang membataskan segala pergerakan dan kata-kata. Marilah kita sama-sama mengutip sejarah keagungan wanita solehah terdahulu untuk kita warnakan kehidupan serikandi alaf baru. Kita adalah penerus kesinambungan semangat waja muslimah solehah yang bakal melahirkan seribu Asma’, Khadijah, Fatimah, Rabiah dan seumpamanya.
“ DUNIA ADALAH PERHIASAN. SEBAIK-BAIK PERHIASAN DUNIA IALAH WANITA YANG SOLEHAH”.
Aug 8, 2010
"Kecantikan seorang wanita adalah terletak pada akhlaknya"
Corat-Coret Kisah Tudung Labuh…
“ Akak, kenapa akak pakai tudung labuh?” Soalan ini sudah banyak kali dilontarkan oleh remaja kepadaku. Adik bongsuku, Asiah Yusra yang sedang mekar meniti usia remaja, turut bertanya
Aku penah melalui alam remaja dan terpesona melihat kakak sulung bertudung labuh. Kufahami , persoalan itu kerana mereka sedang tercari-cari identiti diri.
Saat itu, aku bertudung labuh kerana keindahannya menghiasi wanita-wanita berakhlak mulia yang ku kenali. Ibuku, kakakku, kakak-kakak seniorku, ustazah-ustazahku semuanya bertudung labuh. Hingga aku mensinonimkan tudung labuh itu dengan keindahan, keperibadian dan kebaikan. Walaupun aku turut mengenali teman-teman bertudung labuh yang akhlaknya bermasalah namun aku masih menemui keindahan jiwanya, ingin menjadi lebih baik. Hari ini aku memilih tudung labuh kerana aku yakin ia lebih istimewa pada pandangan-Nya.
Ketika remaja, aku hampir tidak sedar banyak pertanyaan yang terpendam. Mungkin saat itu aku tidak tahu apa yang aku perlu tahu.
Yang Tertutup Itu Indah
Ketika kubertanya tentang tudung labuh, mudah jawapan yang penah kuterima, “’Yang tertutup itu indah”’ Jawapan yang membawaku mengkaji surah al-Ahzab ayat 59 maksudnya dan tafsirannya.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Wahai Nabi, katakan kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka melabuhkan jilbab ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali sebagai wanita baik agar mereka tidak diganggu.”’
Ya, sedangkan buku yang kita sayangi, kita sampulkan seindahnya. Inikan pula bentuk tubuh wanita, takkan tiada sampulnya? Kuperhatiakan langsir yang cantik menghias pintu dan tingkap. Kuperhatikan kain yang mengalas meja dan perabot. Benar, yang tertutup itu indah! Begitu juga cara Allah menghargai keindahan wanita dengan menggariskan pertbatasan aurat. Agar keindahan itu hanya dinikmati oleh insane yang berhak. Bukannya diratah-ratah oleh pandangan hati yang sakit.
Hormati Selagi Masih Menutup Aurat
Ya! Ya! Kudengari suara-suara hati yang berkata, “ Ramai saja yang bertudung alabuh tapi tak baik.” “ Tudung tak labuh pun masih tutup aurat.” “ Don’t judge a book by its cover”. Kuhormati segala kata-kata ini. Aku cuma berkongsi secebis pengalaman dalam hidupku yang menyebabkan kurasa tudung labuh terlalu istimewa. Buat adik-adik remaja yang bertanya, moga adik-adik menemui jawapannya.
FATIMAH SYARHA MOHD NOORDIN