Aug 8, 2010

"Kecantikan seorang wanita adalah terletak pada akhlaknya"


Corat-Coret Kisah Tudung Labuh…

Akak, kenapa akak pakai tudung labuh?” Soalan ini sudah banyak kali dilontarkan oleh remaja kepadaku. Adik bongsuku, Asiah Yusra yang sedang mekar meniti usia remaja, turut bertanya

Aku penah melalui alam remaja dan terpesona melihat kakak sulung bertudung labuh. Kufahami , persoalan itu kerana mereka sedang tercari-cari identiti diri.

Saat itu, aku bertudung labuh kerana keindahannya menghiasi wanita-wanita berakhlak mulia yang ku kenali. Ibuku, kakakku, kakak-kakak seniorku, ustazah-ustazahku semuanya bertudung labuh. Hingga aku mensinonimkan tudung labuh itu dengan keindahan, keperibadian dan kebaikan. Walaupun aku turut mengenali teman-teman bertudung labuh yang akhlaknya bermasalah namun aku masih menemui keindahan jiwanya, ingin menjadi lebih baik. Hari ini aku memilih tudung labuh kerana aku yakin ia lebih istimewa pada pandangan-Nya.
Ketika remaja, aku hampir tidak sedar banyak pertanyaan yang terpendam. Mungkin saat itu aku tidak tahu apa yang aku perlu tahu.

Yang Tertutup Itu Indah

Ketika kubertanya tentang tudung labuh, mudah jawapan yang penah kuterima, “’Yang tertutup itu indah”’ Jawapan yang membawaku mengkaji surah al-Ahzab ayat 59 maksudnya dan tafsirannya.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Wahai Nabi, katakan kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka melabuhkan jilbab ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali sebagai wanita baik agar mereka tidak diganggu.”’

Ya, sedangkan buku yang kita sayangi, kita sampulkan seindahnya. Inikan pula bentuk tubuh wanita, takkan tiada sampulnya? Kuperhatiakan langsir yang cantik menghias pintu dan tingkap. Kuperhatikan kain yang mengalas meja dan perabot. Benar, yang tertutup itu indah! Begitu juga cara Allah menghargai keindahan wanita dengan menggariskan pertbatasan aurat. Agar keindahan itu hanya dinikmati oleh insane yang berhak. Bukannya diratah-ratah oleh pandangan hati yang sakit.

Hormati Selagi Masih Menutup Aurat

Ya! Ya! Kudengari suara-suara hati yang berkata, “ Ramai saja yang bertudung alabuh tapi tak baik.” “ Tudung tak labuh pun masih tutup aurat.” “ Don’t judge a book by its cover”. Kuhormati segala kata-kata ini. Aku cuma berkongsi secebis pengalaman dalam hidupku yang menyebabkan kurasa tudung labuh terlalu istimewa. Buat adik-adik remaja yang bertanya, moga adik-adik menemui jawapannya.

FATIMAH SYARHA MOHD NOORDIN

No comments:

Post a Comment