Aug 8, 2010

"Kecantikan seorang wanita adalah terletak pada akhlaknya"


Corat-Coret Kisah Tudung Labuh…

Akak, kenapa akak pakai tudung labuh?” Soalan ini sudah banyak kali dilontarkan oleh remaja kepadaku. Adik bongsuku, Asiah Yusra yang sedang mekar meniti usia remaja, turut bertanya

Aku penah melalui alam remaja dan terpesona melihat kakak sulung bertudung labuh. Kufahami , persoalan itu kerana mereka sedang tercari-cari identiti diri.

Saat itu, aku bertudung labuh kerana keindahannya menghiasi wanita-wanita berakhlak mulia yang ku kenali. Ibuku, kakakku, kakak-kakak seniorku, ustazah-ustazahku semuanya bertudung labuh. Hingga aku mensinonimkan tudung labuh itu dengan keindahan, keperibadian dan kebaikan. Walaupun aku turut mengenali teman-teman bertudung labuh yang akhlaknya bermasalah namun aku masih menemui keindahan jiwanya, ingin menjadi lebih baik. Hari ini aku memilih tudung labuh kerana aku yakin ia lebih istimewa pada pandangan-Nya.
Ketika remaja, aku hampir tidak sedar banyak pertanyaan yang terpendam. Mungkin saat itu aku tidak tahu apa yang aku perlu tahu.

Yang Tertutup Itu Indah

Ketika kubertanya tentang tudung labuh, mudah jawapan yang penah kuterima, “’Yang tertutup itu indah”’ Jawapan yang membawaku mengkaji surah al-Ahzab ayat 59 maksudnya dan tafsirannya.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Wahai Nabi, katakan kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka melabuhkan jilbab ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali sebagai wanita baik agar mereka tidak diganggu.”’

Ya, sedangkan buku yang kita sayangi, kita sampulkan seindahnya. Inikan pula bentuk tubuh wanita, takkan tiada sampulnya? Kuperhatiakan langsir yang cantik menghias pintu dan tingkap. Kuperhatikan kain yang mengalas meja dan perabot. Benar, yang tertutup itu indah! Begitu juga cara Allah menghargai keindahan wanita dengan menggariskan pertbatasan aurat. Agar keindahan itu hanya dinikmati oleh insane yang berhak. Bukannya diratah-ratah oleh pandangan hati yang sakit.

Hormati Selagi Masih Menutup Aurat

Ya! Ya! Kudengari suara-suara hati yang berkata, “ Ramai saja yang bertudung alabuh tapi tak baik.” “ Tudung tak labuh pun masih tutup aurat.” “ Don’t judge a book by its cover”. Kuhormati segala kata-kata ini. Aku cuma berkongsi secebis pengalaman dalam hidupku yang menyebabkan kurasa tudung labuh terlalu istimewa. Buat adik-adik remaja yang bertanya, moga adik-adik menemui jawapannya.

FATIMAH SYARHA MOHD NOORDIN

Jul 30, 2010

Jenayah rogol dan penyelesaiannya



1. Jenayah rogol , rogol dan bunuh serta rogol kanak - kanak mutaakhir ini semakin meningkat dan membimbangkan . Rakyat khasnya para wanita dan kanak - kanak kini tidak selamat menjalani kehidupan seharian . Bila - bila masa maruah dan nyawa mereka akan diragut kejam oleh penjenayah yang bebas bermaharajalela .

2. Faktor pendorong kepada berlakunya jenayah seksual ini terlalu banyak dan tidak ada gunanya kita saling salah menyalahkan antara satu sama lain bahkan semua pihak mestilah mengambil tanggungjawab untuk mendepani musibah atau malapetaka yang menimpa negara ini.

3. Cuma saya sangat terkilan dengan sikap sebahagian dari kalangan masyarakat kita termasuk cerdik pandai dan pihak berkuasa seperti mahu memejamkan mata terhadap syariat Islam tatkala membincangkan jalan penyelesaian terhadap isu ini .

4. Saya lihat semua orang setuju penjenayah dihukum seberat - beratnya , semua orang setuju supaya jenayah ini dibendung segera dan semua orang setuju bahawa mangsa mesti dibela sewajarnya , tetapi malang 1001 kali malang , hampir tiada yang melihat bahawa penyelesaiannya ada pada Islam agama yang diwahyukan oleh Allah swt .

5. Semua jenayah yang semakin meningkat indeksnya adalah berlaku dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran yang berpaksikan kepada peraturan dan undang - undang ciptaan manusia sejak sekian lama. Ternyata sistem yang ada sekarang biarpun seberat mana hukuman itu dijatuhkan gagal membendung penularan jenayah kejam ini . [ Hukuman mati mandatori keatas pengedar dadah sebagai contoh , bukan sahaja tidak mampu membendung pengedar dadah malah empayarnya semakin berkembang dan dadah semakin mudah untuk diperolehi .]

6. Kenapa tidak memberi peluang kepada Islam ? Islam sebagai agama dan cara hidup yang diwahyukan oleh Allah swt kepada nabi Muhammad saw adalah agama dan syariat yang pernah membuktikan keupayaannya membendung maksiat dan mungkar dalam sejarah pemerintahan dan pentadbirannya .

7. Islam mempunyai pakej lengkap untuk menyelesaikan isu jenayah kejam yang melanda negara hari ini . Bermula dari pendidikan , pencegahan , kawalan dan hukuman serta pembelaan dan pendakwaan. Apa yang perlu sekarang ialah negara mesti memberi peluang kepada Islam untuk membuktikan keupayaan dan keberkesanan perlaksanaannya .

8. Hukuman berkesan tidak hanya dilihat kepada beratnya hukuman tersebut kerana hukuman berat hanya mampu menyakitkan tubuh dan mendera fizikal , sedang apa yang penting dalam usaha membendung jenayah ialah keinsafan , penyesalan dan kesedaran agar jenayah itu tidak berulang dan berkembang . Bertolak dari sini lah Islam menawarkan pakej lengkap dan berkesan [ merangkumi fizikal , mental dan spiritual ] untuk tujuan membendung dan menghapuskan jenayah .

9. Justeru itu , sewaktu membincangkan penyelesaian terhadap isu seperti ini , janganlah ianya dibuat dengan mengambil pandangan atau interview orang ramai secara rambang lantaran isu ini mestilah melibatkan kajian dan penelitian orang - orang yang berilmu . Para alim ulama' yang berkaliber mestilah dilibatkan secara serius dan aktif untuk mengkaji dan menggubal peraturan berasaskan syara' .

10. Janganlah prejudis terhadap Islam dan syariatnya. Mengapa perlu terpengaruh dan terpedaya dengan propaganda barat . Kenapa masih mahu bertahan setelah lebih 50 tahun menyaksikan kegagalan undang - undang ciptaan manusia membendung jenayah ini ? Sementara undang - undang Islam kaya dengan hikmah [ kebijaksanaan ] dan apa yang lebih penting ialah rahmat [ kasih sayang ] dan berkat [ kebaikan yang melimpah ruah ] . Keadilan Islam adil untuk semua dan ia menyinari semua . [ termasuk pesalah , mangsa , keluarga , masyarakat dan negara ].

Ustaz Nasrudin Hassan at Tantawi,
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.

Apakah dia istidraj itu ?

Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj.

Rasullulah s. a. w. bersabda :"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka),ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT."(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)

Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkelirudengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka. Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian di dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam.

Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhansahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa sahaja. Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah. Bila kita tanya, apa kamu tak takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah! Sombongnya mereka, takburnya mereka.

Rasullulah s. a. w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah. Manusia istidraj - Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. "Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong." Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya.

Rasullulah s. a. w bersabda: "Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya" (Kitab Nasaibul'Ibad) Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batuatau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap), dia akan cuba melawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt.

Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati, namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan. Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.

Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.

Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya, jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga.

Jadi, jika kita kaji dan fikir betul-betul, maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang /mewah. Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya.

Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya? Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj. Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan. Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari.

Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah. Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah? Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya. Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah. Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.

Wallahu'alam..

Jun 14, 2010

KELAB BELIA BAKTI SEMERAK (KBBS)

" Salam Ukhwah Fillah"

Pendaftaran ahli kelab....


Imam mukim Telaga Papan & ust Rudin

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar..

Ribuan terima kasih buat sahabat2 yg terlibat dan turut menjayakan program ini, moga segala kerjasama yang diberikan mendapat ganjaran di sisi Allah SWT..Amin.

wallahu 'alam.

Apr 14, 2010

Berapa Kali Nak Cakap,Couple tu Haram

Bermulanya cite ni...

Pernah seketika dulu saya rasa saya tak berguna..
Masa dalam kelas kawan-kawan semua tak suka..
Saya nak 'join', kawan kata saya menyibuk..
Ada pula yang kate saya kuat emo..
Sikit-sikit nak marah..
Padahal sebenarnye saya nak tegur mereka buat bising masa belajar..

Lepas tu saya cuba buat lawak kononnya nak tarik perhatian orang lain
saya paling gembira bila ada orang gelak bila dengar lawak saya
terutamanya pelajar-pelajar perempuan..

Budak-budak lelaki semua kata saya 'mat capub'(cari publisiti)..
tapi saya tak kesah..asalkan ada yang terhibur..Tapi saya tetap merasakan kekosongan..Memang lumrah manusia..Seoarang lelaki akan tertarik kepada wanita Macam itulah yang saya rasa..Saya tengok kawan-kawan dah ada yang 'couple'..

Di dorm sms awek sampai pagi..ada yang call awek sampai satu malam boleh habis 10 ringgit..Saya mula berfikir.."Adakah aku perlu BERCINTA?"Dengan menggunakan akal seorang pelajar tingkatan 4 itu..saya pun mula menanam tekad untuk ber'couple'..

Dan masa itulah saya kenal awak..saya rase saya dah jumpa orang yang paling penting dalam hidup saya..Mula-mula awak jual mahal..Tapi saya tak kisah..nak beli gak..akhirnya, dipendekkan cerita..saya pun mulalah BERCINTA..

Masa bercinta,memang saya sangat-sangat bersemangat. Apa orang kata..'ALL OUT'lah..haha..Saya selalu call awak,awak pun selalu call saya..'gayut' malam-malam..kadang-kadang saya pun habis RM10 satu malam..

Tetapi segala PENGORBANAN yg dilakukan masa ber'couple' tu..Tidak terasa pun kehilangannya..Mase bercinta memang indah..Semuanya indah..Sikit-sikit gurau-gurau Sikit-sikit gelak-gelak kalau merajuk men pujuk2..kalau 'birthday' kita sambut sama-sama..

Untuk diri ini,terasa amat bahagia..Sebab masa itulah terasa diri ini dihargai..Saya pernah terikir..Biarlah kawan-kawan saya tu pandang saya semacam,kata saya macam-macam..Asalkan awak memahami saya..Satu hari saya dengar ceramah..Alhamdulillah..

Dalam ceramah tu saya sedar,saya banyak buat dosa dan saya kena brubah..Hidup saya mesti selari dengan Islam..Saya kena jadi baik..Sebab memang itu fitrah manusia..menginginkan kebaikan..semua orang nak masuk syurga kan?

Sejak dari saat itu saya mula rapatkan diri dengan masjid..Rapatkan diri dengan Al-Quran..Selalu solat jemaah awal waktu..Selalu dengar tazkirah..Saya beli terjemahan Quran, sebab nak tadabbur Quran Saya beli dua, satu untuk saya, satu untuk awak,Saya taknak jadi baik seorang diri..jadi saya ajak awak sekali..

Saya ajak awak baca Al-Quran..saya kejut awk bangun subuh..(calling)saya ajak awak saling beri tazkirah..Mula-mula awak terkejut dengan perubahan saya..Awak ingat saya dah nak jadi alim, nak brenti couple.Saya kata,kita bukan buat benda yang salah..bercinta kerana Allah..Kita couple tak macam orang lain..Orang lain couple 'jiwang-jiwang' je..ade yang siap wat mksiat lg..pegang-pegang tangan dan macam-macam lagi..

Tapi kita couple baik-baik..Jaga batas-batas syara'..Tak guna ayat jiwang-jiwang janji taknak jumpa, takut berlaku maksiat..cuma sms dan call je..Dan awk terima perubahan saya itu..Saya pun banyak nasihat awak..Awk pun terima..Walaupun kadang-kadang awak merajuk sebab teguran saya tuTapi saya faham, perubahan memerlukan masa..

Dan akhirnya saya rasa..Hubungan kita semakin diredahai..Saya salu doa supaya kita akan kekal sampai ke gerbang perkahwinan..Dalam proses perubahan saya,Saya mula menyedari bahawa berdakwah itu wajib..Kita kena menyampaikan kepada orang tentang kebenaran.

Kalau kita tidak berdakwah..kita akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di akhirat kelak.sesuai dgn firmanNya dlm surah Al-A'raf,surah ke 7,ayat ke 164:

Dan (ingatlah) ketika suatu umat diantara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akanmembinasakan mereka atau mengazab merekadengan azab yang amat keras?" Mereka menjawab: "Agar kami mempunyai alasan(pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu,dan supaya mereka bertakwa".

Lepas tu saya mulalah beri tazkirah pada kawan-kawan dan adik-adikTegur mereka apa sahaja yang silap..Saya tak boleh tahan bila tengok orang buat salah/dose..Saya mesti nak tegur.Selemah2 iman tegur dengan hati, oleh sebab saya nak jadi orang kuat iman..Ape lagi..tegur je la depan-depan..huhu~~

Lepas tu, satu masa..saya terbaca pasal couple.."COUPLE HARAM"Saya tak percaya..tapi bila baca detail-detail yang dia bagi..macam betul pulak..huhu~~tapi biasala..kalau kita suka satu benda tu..kita tetap akan cari alasan untuk 'membenarkan' pendapat kita..

Saya pun buat tak tahu pasal benda tu..dan teruskan saja hubungan kita..kita tak buat maksiat..Kita jalan-jalan pegang tangan..tak jiwang-jiwang..Cuma saling ambil berat..Tanya khabar..Borak-borak..Siap bagi tzkirah lagi..Apa yang haramnya dengan benda ni?Tak kisahlah..Masa terus berlalu...

Masa ni dah nak dekat Trial SPM..lagi tiga minggu sebelum trial..dalam masa tu, saya memang rajin study dengan kawan..buat study groupPada masa yang sama, bagi tazkirah..Ada yang terima..ada juga yang buat tak tahu Kadang-kadang bila tegur..saya kena marah pula..macam-macamlah alasannya ada kata saya tegur tak berhikmah..ada yang kata saya menunjuk-nunjuk je..Tapi tak kisah..saya ada tempat mengadu..huhu~~

Suatu masa..ketika sedang mentadabbur Al-Quran seorang diri..saya terjumpa ayat ini..Mengapa kamu suruh orang lain(mengerjakan) kebajikan, sedang kamu melupakan diri (kewajiban) mu sendiri,padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat? Maka tidakkah kamu berfikir?(Al-Baqarah, ayat 44)

Saya pun terfikir.."Selama ini aku asyik tegur orang je.Tapi aku sendiri masih banyak kekurangan,Cepat marah, suka buang masa,ade gak dosa-dosa yang masih dilakukan..Macam mana ya?

"Lepas tu terjumpa pula ayat ini..Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui.(Al-Baqarah ayat 42)

Tiba-tiba saya terfikir satu keritikan kawan.."Alah kau tu..cakap je berapi..gaya alim,tapi couple gak..sama aje kaudengan kami..tegur orang konon..

"Berfikir sejenak..Sebenarnye ber'couple' ni boleh ke tidak?

Adakah selama ini saya hanya menganggap ia boleh? Habis tu, kenapa saya rasa malu bila mak dan ayahtahu saya selalu berhubung dengan perempuan?Dan terkadang saya rasa serba salah?Macam-macam yang saya fikir..

Dipendekkan cerita lagi sekali..saya ke Pulau Pinang untuk mengikuti satu seminar dkwh..Saya harap dengan seminar ni kefahaman saya mengenai dakwah akan lebih mantap..Dalam perjalanan ke seminar tu..saya masih sms lagi dengan awak dalam bas..sempat lagi pesan-pesan supaya jangan lupa baca Al-Quran hari ini, solat awal waktu..Dalam fikiran saya.."Ni kira dakwah juga..saling ingat-mengingati..

"******Majlis malam itu berakhir dengan sesi ta'aruf,pukul 10 semua orang dah bebas untuk aktiviti sendiriLagipun kami semua penat..takkan nak panjang-panjangkan program sampai tengah malam..pihak penganjur pun faham..Tiba-tiba saya tergerak hati untuk bertanya dengan fasilitator yang ada di situ..

Saya rasa inilah masa terbaik untuk tanya pendapat dia tentang couple.Tapi saya tragak-agak.."Kalaulah betul couple tu salah..habis tu,nakbuat macam mana? Aku kena clash ke?Alah,buat apa fikir macam tu..tanya je la. Kalau tak buat salah, apa nak ditakutkan?

"Lalu saya menghampiri 'Brother' fasilitator tu..Masa tu dia tengah membelek-belek terjemahan Al-Qurannya seorang diri."Assalamualaikum, bang, saya nak tanya sikit boleh?""Em,boleh..duduklah. Nta nak tanya apa?

""Er..macam ni,sebelum saya terlibat dengan dakwah ni, saya ada kenal seorangkawan ni, perempuan la. Tapi bukanla setakat kawan biasa..rapat gak la. Bukan rapat biasa,tapi rapatla..""Bercinta ke?"Saya malu nak cakap yang saya couple. Nanti apa pula brother tu kate..mesti dia marah nnt. Saya pun angguk. Lepas tu saya tanya..

"Sebenarnya..couple ni boleh ke tak bang?""Akhi, memang fitrah manusia, lelaki akan tertarik kepada perempuan, begitu juga perempuan akan tertarik kepada lelaki. Tapi dalam Islam, perasaan itu perlu dikawal dan ada batasnya. Pergaulan perlu dijaga.

Allah firman dalam surah Al-Isra', surah ke 17, dalam ayat yg ke 32:Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.

""Tapi bang,saya tak nampak pun yang kami ni menghampiri zina. Niat kami baik. Saya dah cuba sedaya upaya mengawal perhubungan kami. Sms pun takdelah jiwang-jiwang, selalu bagi tazkirah lagi. Kami selang-selang bagi, hari ni saya, esok dia."Saya tak mahu mengalah.

"Memang betul niat nta baik. Tapi ingat, niat tak pernah menghalalkan cara. Yang batil tetap sahaja batil, yang haq tetap haq. Cuba tengok ayat ni."Sambil brother tu bukak Al-Quran dia, dan tunjuk pada saya ayat ini:

Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan setan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.(Surah Al-Anakabut,Surah 29, ayat 38)

"Akhi, kalau nta paham ayat ni, sebenarnya apa yang berlaku pada nta ialah, setan telah buat nta pandang indah benda buruk yang nta lakukan. Walaupun nta berpandangan tajam, maksudnya nta berilmu tinggi. Memang pada mulanya niat nta baik, tapi ingat, syaitan itu sangat licik. Dia akan sedaya upaya buat nta terjerumus ke dalam kemaksiatan.

Lagipun, takkanlah sepanjang masa nta sms dengan dia, nta ingat Allah. Mesti ada masanya nta hanya melayan perasaan dengan dia, kan?"Betul juga katanya. Lepas tu saya kata, "Tapi bang, saya dah janji dengan dia taknak jumpa lg. Sebab saya tahu kalau berjumpa nanti banyak bahayanya. Dan dia pun setuju. Kami sama-sama menjaga diri. Takkanlah ia boleh membawa kepada zina juga bang?

""Em, betul, nta dah janji taknak jumpa dengan dia lagi. Nta dah dapat elakkan zina mata, zina tangan, zina kaki. kalau nta janji taknak call die pula, nta dapat elak zina telinga dan zina lidah. Tapi akh..masih ada zina yang tetap nta tak dapat elak apabila bercouple..""Zina hati?" Saya menduga.

"Betul, zina hati. Semua inilah yang Rasulullah jelaskan dalam hadithnya tentang bagaimana menghampiri zina tu. Nta boleh 'check' dalam Riyadahus Solihin, bawah bab larangan melihat wanita. Rasulullah bersabda, mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia.

Hakikatnye, macam mana pun nta buat, nta tetap tak dapat lari daripada zina hati."Saya terdiam..kelu. Tak tahu apa nak dikata. Semua yang brother tu kata tiada yang salahnya. Kemudian dia sambung.."Ana dulu pun couple gak. Lagi lama daripada nta. Sejak sekolah sampai dah masuk U, dekat nak gred.

Tapi bila ana sedar apa yang ana buat ni salah, ana trus tinggalkan. Ana siap dah fikir, dialah bakal isteri ana, yang akan jadi ibu kepada anak-anak ana. Kalau nak diikutkan lagi besar masalah ana daripada nta.

""Saya risau la bang. Nanti apa kawan-kawan dia kata. Dulu saya selalu minta tolong mereka untuk rapat dengan dia. Mesti nanti mereka semua tak puas hati dengan saya. Dan dia sendiri pula, saya takut apa-apa akan jadi pada dia kalau dia tak dapat terima keputusan ni. Sebab kami dah rapat sgt.

"Masa tu saya dah mula sebak. Malu betul. Menangis depan brother tu cerita pasal benda ni. Nasib baik tak ada org lain masa tu. Brother tu jwb.."Kalau kawan-kawan dia tak puas hati pun, mereka boleh buat apa? Paling teruk pun, mereka akan mengata di belakang nta. Nta tak kurang sikit pun. Lagipun, dalam berdakwah ni, kita nak cari redha Allah, biarlah orang nak kata apa-apa sekali pun, yang penting redha Allah. Kalau Allah tak redha, semuanya dah tak bermakna lagi."Saya trdiam lagi.

"Pasal die pula, cube nta fikir dari sudut positif, mungkin dia akan terima keputusan nta scara matang. Mungkin dia juga akan buat keputusan untuk tidak lagi bercouple. Ana yakin, die takkan buat apa-apa perkara bodoh. Kalau die buat sekalipun, itu bukan tagguungjawab nta, apa yang nta nak buat tu betul, meninggalkan maksiat.

Semua orang akan tanggung balasan atas perbuatannya sndiri."Saya dah tak dapat tahan lagi. Masa itu saya menangis, saya dah sdar yang saya kena berhenti couple. Dah jelas sekarang, couple tu haram."Jadi apa saya nak buat bang?

""Ana dulu, hantar satu sms je kat dia. Ana terangkan pada dia hubungan yang dibina itu salah. Minta maaf, kita berakhir di sini. Tolong jangan cari saya lagi. Lepas itu ana terus tukar nombor. Ana tak hubungi dia langsung lepas tu.""Maksudnya, saya tak boleh hubungi dia lagi ke? Tapi bang, saya ade juga kawan perempuan lain, boleh pula saya hubungi mereka?""Dengan dia ni lain.

Nta dah pernah ada 'sejarah' dengan dia. Tapi, kalau nanti ditaqdirkan nta satu universiti dengan dia, satu kuliah, lepas tu kena pula buat group discussion, masa tu nta hanya layan dia hanya sebagai group discussion partner."Tiba-tiba saya terfikir.."Dia ni nak suruh aku clash malam ni gak ke? Sekarang gak? Takkanlah awal sangat?"Saya cakap..

"Saya rasa saya belum ade kekuatan la bang. Boleh tak saya tunggu sampai saya ada kekuatan, baru saya tiggalkan benda ni?"Saya ingat nak lari la. Lalu dia jawab.."Akh, nta kena ingat. Kekuatan itu tidak boleh ditunggu, tapi ia perlu dibina.

Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah keadaannya sendiri. Nta boleh rujuk surah Ar-Ra'du,surah ke-13,ayat 11. Lagipun, nta nak tuggu sampai bila baru nak tinggalkan couple ni..abang-abang fasilitator ni pun ramai yang pernah couple, bila masuk dakwah, mereka tiggalkan.

"Alamak...tak boleh lari lagilah nampaknye..saya rasa macam brother ni paksa saya clash masa tu juga."Semuanya dah jelas rasanya..Nampaknya saya kena tiggalkanla benda ni gak ye. Macam tak larat rasanya nak tekan button handphone ni. Rasa tak sanggup.

""Kalau tak sanggup mari ana tolong tekankan.""Eh, tak apalah bang. Biar saya taip sendiri."Teragak-agak saya nak taip masa tu. Tapi saya gagahkn juga diri.."Semuanya dah jelas..buat apa aku tangguh-tangguh lagi. Takut nanti hidayah ni Allah tarik, susah pula nak tinggalkan. Kan aku selalu doa supaya dijauhkan dari maksiat..jadi rasanya, inilah masanya..

"Lalu perlahan-lahan saya taip sms tu.."Assalamualaikum..Sebenarnya selama ini hubungan kita salah di sisi Islam. Saya ingat dengan mengubah cara pergaulan kita, ia dah dibolehkan, tapi sebenarnya ia tetap berdosa. Saya harap awak akan istiqamah meneruskan perubahan yang awak dah buat, kerana Allah. Saya minta maaf atas segala yang dah berlaku. Kalau ada jodoh insya-Allah, akan bertemu juga. Assalamualaikum..

"Berat betul nak hantar sms tu kat awk. Saya masih tak mampu nak ucap selamat tiggal. Sebab tu dalam sms tu saya hanya akhirkan dengan ucapan salam. Lepas beberapa ketika..saya tekan juga button [send].Lepas tu tertera di skrin..[SENDING..][MESSAGE SENT]
Masa tu saya rasa macam separuh hidup saya dah hilang. Macam tak percaya..saya dah hantar 1 sms, dan clash dengan awak..

"Terima kasih bang..""Takpe, dah tanggungjawab.."Malam tu saya saya tidur dengan linangan air mata..tak sangka..mmg tak disangka..Saya memang tak pernah terfikir untuk clash, tapi itulah yang terbaik untuk kita sbenarnya..Tiba-tiba saya teringat ayat Allah..

surah Al-Baqarah,ayat 216..Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

*******Masa terus berlalu.. Saya terus sibukkan diri dengan kerja-kerja lain. Dalam usaha nak lupekan awk, bukan senang,tapi saya terus cuba. Saya selalu bagi tazkirah, ingatkan orang.Saya bagi ta'lim di msjid, terangkan pada orang, couple haram, tunjuk segala dalil..

Macam-macam yang berlaku..ada kritikan..ade gk yg stuju..tapi tak kisahlah semua tu..Tiba-tiba satu pagi ni, dapat sms daripada awak..awak bagi gambar bunga..bawah tu ada ayat.."Seindah gubahan pertama.."Saya rasa awak masih tak dapat lupakan saya. Saya pun fikir.."Kena tegaskan rasanya".

Lepas tu saya hantarlah sms ni. Dan rasanya itulah yg terakhir.."Tiada yang lebih indah daripada mendapat keredahaan ilahi..seindah manapun gubahan pertama tu, selagi tak mendapat keredahaanNya, tetap tiada gunanya..Assalamualaikum..saya tahu, dulu saya cakap, kalau ada jodoh, insya-Allah akan bertemu juga. Tapi saya tak nak awak tunggu. Lupakan saya. Biar Allah yang menentukan..Lagi satu, Jangan cari cinta manusia,ia penuh dengan penipuan, kekecewaan, dan tak kekal..Tapi carilah cinta Allah..tiada penipuan,tidakkan pernah mengecewakanitulah cinta abadi..Cinta yang diredahai..-Yang Terakhir-

"[SEND][SENDING..][MESSAGE SENT]Saya dah buat keputusan.Saya pasti apa yang saya buat ni betul.Saya yakin, Allah akan sediakan yang terbaik untuk saya.Saya takkan berpatah balik..Takkan..buat selama-lamanya..

(HaRAP dArI cITE nI DApAt kITa mUhASAbASsAH dIRi mAsING2)

Wallahu 'alam.

www.iLuvislam.com oleh: umairzulkefli

Mar 3, 2010

"Islam ada di mana jua"


Dalam Rumah

Halal danHaram dalam Islam Oleh Yusof Qardhawi

RUMAH adalah tempat yang dipakai seseorang untuk melindungi kebiasaan-kebiasaan tabiat dan dapat melepaskan diri dari ikatan-ikatan masyarakat sehingga dengan demikian tubuh ini bisa istirahat dan jiwa bisa tenang.
Untuk itulah Allah berfirman dalam hubungannya dengan mengetengahkan kenikmatannya kepada manusia:
"Allah menjadikan untuk kamu rumah-rumah kamu sebagai tempat ketenangan." (an-Nahl: 80)

Rasulullah s.a.w. senang sekali rumah yang luas, dan dimasukkan sebagai unsur kebahagiaan duniawi.

Maka sabdanya:
"Empat hal yang membawa kebahagiaan, yaitu perempuan salehah, rumah yang luas, tetangga yang baik dan kendaraan yang enak." (Riwayat Ibnu Hibban)
Dan doa yang sering diucapkan Nabi ialah:
"Ya Allah! Ampunilah dosaku, luaskanlah rumahku, berilah barakah dalam rezekiku! Kemudian beliau ditanya: Mengapa doa ini yang banyak engkau baca, ya Rasulullah? Maka jawab Nabi: Apa ada sesuatu yang lain yang kamu cintai?" (Riwayat Nasa'i dan Ibnu Sunni)

Rasulullah juga memerintahkan supaya rumah-rumah kita itu bersih, agar nampak syiar Islam yang diantaranya ialah bersih, dan agar merupakan tanda yang dapat membedakan seorang muslim dengan orang lain yang menurut penilaian agamanya, bahwa kotor itu merupakan salah satu wasilah untuk berkorban kepada Allah.

Sabda Rasulullah s.a.w.:
"Sesungguhnya Allah itu baik, Dia suka kepada yang baik. Dia juga bersih, suka kepada yang bersih. Dia juga mulia, suka kepada yang mulia. Dia juga dermawan, sangat suka kepada yang dermawan. Oleh karena itu bersihkanlah halaman rumahmu, jangan kamu menyerupai orang-orang Yahudi." (Riwayat Tarmizi)

1) Lambang-Lambang Kemewahan dan Kemusyrikan

Seorang muslim tidak dilarang untuk menghias rumahnya dengan karangan bunga yang warna-warni, dan ukiran-ukiran serta hiasan yang halal.
Sebab Allah telah berfirman:
"Siapakah yang berani mengharamkan perhiasan Allah yang telah ia keluarkan untuk hamba-hambanya?" (al-A'raf: 32)

Betul seorang muslim tidak berdosa untuk menghias rumahnya, pakaiannya, sandalnya dan sebagainya.
Sebab Rasulullah pernah juga bersabda:"Tidak akan masuk sorga orang yang dalam hatinya ada seberat zarrah daripada kesombongan. Kemudian ada seorang laki-laki yang bertanya: Ya Rasulullah! Seseorang itu biasa senang kalau pakaiannya itu baik dan sandalnya pun baik pula, apakah itu termasuk sombong? Jawab Nabi. Sesungguhnya Allah itu baik, Ia suka kepada yang baik." (Riwayat Muslim)

Dan di satu riwayat disebutkan:
"Ada seorang laki-laki ganteng datang kepada Nabi, kemudian ia bertanya: Saya ini sangat suka kepada keindahan, dan saya sendiri telah diberi keindahan itu sebagaimana engkau lihat, sehingga aku tidak suka kalau ada seseorang yang mau mengatasi aku dengan menyamai sandalnya, apakah ini termasuk sombong ya Rasulullah? Jawab Nabi."Tidak!" Sebab yang disebut sombong ialah menolak kebenaran dan menghina orang lain." (Riwayat Abu Daud)

Namun demikian, Islam tidak suka kepada berlebih-lebihan dalam segala hal. Dan Nabi sendiri tidak senang seorang muslim yang rumahnya itu penuh dengan lambang-lambang kemewahan dan berlebih-lebihan yang sangat dicela oleh al-Quran, atau rumahnya itu ada lambang-lambang kemusyrikan yang sangat ditentang oleh Agama Tauhid dengan segala macam senjata yang mungkin.

2) Bejana Emas dan Perak

Untuk itulah, maka Islam mengharamkan membuat bejana dari emas atau perak dan seperei-seperei sutera murni dalam rumah seorang muslim. Nabi sendiri memberikan ancaman keras terhadap orang yang cenderung kepada cara-cara ini.

Kata Ummu Salamah ummul mu'minin:
"Sesungguhnya orang yang makan dan minum dengan bejana emas dan perak, maka akan gemercik suara api neraka dalam perutnya." (Riwayat Muslim)

Dan Huzaifah juga pernah mengatakan:
"Rasulullah melarang kami minum dengan bejana emas dan perak atau kita makan dengannya, dan melarang memakai pakaian sutera tipis dan sutera tebal serta dilarang kita duduk di atasnya. Kemudian Nabi bersabda pula: Kain ini untuk mereka (orang-orang kafir) di dunia, dan untuk kamu nanti di akhirat." (Riwayat Bukhari)

Jadi kalau kita dilarang memakainya, berarti haram juga membuatnya untuk hiasan.
Diharamkan bejana emas/perak dan seperei-seperei sutera itu, berlaku untuk laki-laki dan perempuan. Sedang hikmahnya agama mengharamkan hal-hal tersebut dengan suatu tujuan untuk membersihkan rumah dari unsur-unsur kemewahan/berlebih-lebihan.

Tepat sekali apa yang dikatakan Ibnu Qudamah: hal tersebut di atas berlaku sama antara laki-laki dan perempuan kerana umumnya hadis, dan kerana alasan diharamkannya justru kerana berlebih-lebihan dan kesombongan serta dapat memecahkan perasaan hati orang-orang fakir. Pengertian seperti ini meliputi kedua belah pihak. Adapun dibolehkannya perempuan berhias dengan emas dan sutera adalah demi kepentingan suami, bukan untuk orang lain.

Kalau ditanyakan: Andaikata alasan diharamkannya itu seperti yang tersebut di atas, niscaya mutiara dan sebagainya adalah juga diharamkan karena harganya lebih tinggi? Untuk masalah ini akan kami jawab sebagai berikut: Mutiara (yakut) itu tidak begitu dikenal di kalangan orang miskin, oleh karena itu tidak dapat memecahkan perasaan hati mereka jika orang-orang kaya itu menjadikan benda ini sebagai hiasan, walaupun sesudah itu mereka menjadi kenal dengan yakut. Dan justru jarangnya yakut itu sendiri menyebabkan tidak ada orang kaya yang memakainya sebagai hiasan, sehingga dengan demikian tidak perlu lagi diharamkan walaupun ada perbezaan harga yang sangat menyolok.

Ditinjau dari segi ekonomi, seperti yang telah kami sebutkan juga dalam hikmah diharamkannya emas untuk orang laki-laki, maka di bab ini hikmah tersebut akan lebih nampak dan lebih jelas. Sebab emas dan perak merupakan standard wang internasional yang oleh Allah dijadikan sebagai ukuran harga uang dan sebagai standard yang akan menentukan harga itu dengan adil serta memudahkan peredaran wang di kalangan orang ramai. Maka atas bimbingan Allah kepada umat manusia untuk menggunakan wang sebagai nikmat yang diberikan kepada mereka, wang tersebut harus diedarkan di kalangan orang ramai, jangan ditahan di rumah dalam bentuk wang yang tersimpan, atau dihilangkan dalam bentuk bejana dan alat-alat perhiasan lainnya.

Betapa indahnya pula apa yang dikatakan Imam Ghazali dalam Syukur Nikmat didalam bukunya Ihya'. Ia mengatakan sebagai berikut: "Siapapun yang menjadikan dirham dan dinar sebagai bejana dari emas dan perak, berarti dia telah kufur nikmah (tidak tahu berterimakasih), dan dia lebih jahat daripada menyimpannya. Karena hal seperti ini sama halnya dengan orang yang memaksa kepala negara untuk bekerja sebagai tukang tenun dan tukang sapu tanpa upah, atau untuk mengerjakan pekerjaan-pekerjaan yang biasa dikerjakan oleh manusia-manusia rendahan. Jadi menahan harta, lebih rendah dari itu semua. Sebab perkakas dari tanah, besi, timah dan tembaga menduduki fungsi emas dan perak sebagai alat untuk menjaga makanan supaya tidak rusak. Karena fungsi bejana pada hakikatnya adalah guna menjaga makanan. Maka tanpa uang alat-alat dari tanah dan besi itu tidak dapat memenuhi apa yang dimaksud.

Jelasnya, barangsiapa yang kurang faham persoalan ini, kiranya cukup memahami terjemahan Tuhan dalam hal tersebut yang dilukiskan dalam bentuk ungkapannya: "barangsiapa minum dengan bejana emas atau perak, maka seolah-olah suara api neraka itu gemercik dalam perutnya."

Bentuk larangan ini jangan diertikan mempersempit gerak umat Islam dalam rumahtangga, sebab dalam masalah halal yang baik, mempunyai lapangan yang sangat luas. Berapa banyak bejana dari perunggu, dari kaca, dari tanah, dari tembaga dan dari tambang-tambang lain yang lebih bagus. Berapa banyak pula seperai dan bantal dari katun dan kapuk yang lebih indah daripada bahan lain!

3) Islam Mengharamkan Patung

Islam mengharamkan dalam rumahtangga Islam meliputi masalah patung. Sebab adanya patung dalam suatu rumah, menyebabkan Malaikat akan jauh dari rumah itu, padahal Malaikat akan membawa rahmat dan keridhaan Allah untuk isi rumah tersebut.
Dalam hal ini Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:
"Sesungguhnya Malaikat tidak akan masuk suatu rumah yang di dalamnya ada patung." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ulama-ulama berkata: Malaikat tidak mau masuk rumah yang ada patungnya, karena pemiliknya itu menyerupai orang kafir, dimana mereka biasa meletakkan patung dalam rumah-rumah mereka untuk diagungkan. Untuk itulah Malaikat tidak suka dan mereka tidak mau masuk bahkan menjauh dari rumah tersebut.
Oleh kerananya, Islam melarang keras seorang muslim bekerja sebagai tukang pemahat patung, sekalipun dia membuat patung itu untuk orang lain.

Sabda Rasulullah s.a.w.:
"Sesungguhnya orang yang paling berat siksaannya nanti di hari kiamat, iaitu orang-orang yang menggambar gambar-gambar ini. Dalam satu riwayat dikatakan: Orang-orang yang menandingi ciptaan Allah." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dan Rasulullah s.a.w. memberitahukan juga dengan sabdanya:
"Barangsiapa membuat gambar (patung) nanti di hari kiamat dia akan dipaksa untuk meniupkan roh padanya; padahal dia selamanya tidak akan bisa meniupkan roh itu." (Riwayat Bukhari)

Maksud daripada hadis ini, bahwa dia akan dituntut untuk menghidupkan patung tersebut.
Perintah ini sebenarnya hanya suatu penghinaan dan mematahkan, sebab dia tidak mungkin dapat.

Halal dan Haram dalam Islam Oleh Syekh Muhammad Yusuf Qardhawi, Alih bahasa: H. Mu'ammal Hamidy, Penerbit: PT. Bina Ilmu, 1993.

Wanita Yang Dimurkai Allah


PERKARA YG AMAT DIBENCI ALLAH PADA SEORANG WANITA

1.Kepada wanita yang tidak menutup aurat Allah berfirman," Hiduplah dengan apa yang kau suka."

2.Allah melaknati wanita yang sengaja mendedahkan auratnya kepada lelaki yang bukan muhrim.

3.Perempuan yg memakai kain yang nipis & jarang untuk menarik perhatian lelaki bukan muhrim atau memakai segala yg mendatangkan keghairahan kepada orang lain maka dia tidak akan mencium bau syurga.

4.Wanita yg jahat lebih buruk dari 1000 org lelaki yg jahat.

Pengorbanan seorang wanita amat dihargai oleh Allah & Rasulnya. Cuma kita kurang mengetahui kelebihan yg dikurniakan kpd kita semua. Sehinggakan hari ini manusia Islam mencari sesuatu selain dari agama krn merasa pengorbanan mereka tidak dihargai. Dan mereka turut melaungkan persamaan hak seperti di barat. Ini semua bukanlah salah mereka...tetapi kitalah yg bersalah kerana kita lupa bahawa kita ini umat yg dianugerah kan dgn tugas kenabian. Memberi harapan & bimbingan kpd manusia...

WANITA YG DIMURKAI OLEH ALLLAH

Sebagaimana Allah suka dgn wanita yg solehah, Allah juga sgt murka kpd beberapa jenis wanita. Oleh itu sgt perlu bagi kita mengetahui perkara yg boleh menyebabkan kebenciannya supaya kita terhindar dr kemurkaannya. Kemurkaan Allah pada hari kiamat sgt dahsyat sehinggakan nabi2 pun sgt takut. Bahkan Nabi Ibrahim pun lupa bahawa dia mempunyai anak yg bernama Nabi Ismail krn ketakutan yg amat sangat.

Abu Zar r.a meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W. bersabda: - "Seorang wanita yg berkata kpd suaminya,"semoga engkau mendapat kutukan Allah" maka dia dikutuk oleh Allah dr atas langit yg ke7 & mengutuk pula segala sesuatu yg dicipta oleh Allah kecuali 2 jenis makhluk iaitu manusia & jin."

Ab.Rahman bin Auf meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Seorang yg membuat susah kpd suaminya dlm hal belanja atau membebani sesuatu yg suaminya tidak mampu maka Allah tidak akan menerima amalannya yg wajib & sunnatnya."

Abdullah bin Umar r.a meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W. bersabda: - "Kalau seandainya apa yg ada dibumi ini merupakan emas & perak serta dibawa oleh seorang wanita ke rumah suaminya. Kemudian pada suatu hari dia terlontar kata2 angkuh,"engkau ini siapa?

Semua harta ini milikku & engkau tidak punya harta apa pun." Maka hapuslah semua amal kebaikannya walaupun banyak.

Nabi S.A.W. adalah seorang yg sangat kasih pada ummatnya & terlalu menginginkan keselamatan bagi kita dr azab Allah. Beliau menghadapi segala rupa penderitaan, kesakitan, keletihan & tekanan. Begitu juga air mata & darah baginda telah mengalir semata-mata krn kasih-sayangnya terhadap kita. Maka lebih-lebih lagi kita sendirilah yg wajar berusaha utk menyelamatkan diri kita, keluarga kita & seluruh ummat baginda. Sebagai penutup ikutilah kisah seterusnya ini sebagai iktibar bagi kita.

Ali r.a. meriwayatkan sebagai berikut: "Saya bersama Fatimah berkunjung kerumah Rasulullah S.A.W. & kami temui baginda sedang menangis. Kami bertanya kpd beliau,"mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?" Beliau menjawab, "pada malam aku di Isra'kan kelangit, daku melihat org sedang mengalami berbagai penyeksaan...maka bila teringatkan mereka aku menangis." Saya bertanya lagi,"wahai Rasulullah apakah yg tuan lihat?" Beliau bersabda: -

1.Wanita yg digantung dgn rambutnya & otak kepalanya mendidih.

2.Wanita yg digantung dgn lidahnya serta tangannya dipaut dr punggungnya sedangkan aspal yg mendidih dari neraka dituangkan ke kerongkongnya.

3.Wanita yg digantung dgn buah dadanya dari balik punggungnya sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya.

4.Wanita yg digantung , diikat kedua kaki & tgnnya ke arah ubun2 kepalanya serta dibelit dibawah kekuasaan ular & kala jengking.

5.Wanita yg memakan badannya sendiri serta dibawahnya tampak api yg menyala-nyala dgn hebatnya.

6.Wanita yg memotong badannya sendiri dgn gunting dr neraka.

7.Wanita yg bermuka hitam & memakan ususnya sendiri.

8.Wanita yg tuli, buta & bisu dlm peti neraka sedang darahnya mengalir dari rongga badannya (hidung,telinga,mulut) & badannya membusuk akibat penyakit kulit dan lepra.

9.Wanita yg berkepala spt kepala babi & keldai yg mendapat berjuta jenis siksaan.
Maka berdirilah Fatimah seraya berkata,"Wahai ayahku, cahaya mata kesayanganku... ceritakanlah kpd ku apakah amal perbuatan wanita2 itu." Rasulullah S.A.W. bersabda, "Wahai Fatimah, adapun tentang : -

1.Wanita yg digantung dgn rambutnya krn dia tidak menjaga rambutnya (di tutup) dikalangan lelaki.

2.Wanita yg digantung dgn lidahnya krn dia menyakiti hati suaminya dgn kata

3.Kemudian Nabi S.A.W. bersabda: "Tidak seorang wanita yg menyakiti hati suaminya melalui kata2nya kecuali Allah akan membuatnya mulutnya kelak dihari kiamat,selebar 70 zira' kemudian akan mengikatnya dibelakang lehernya.

4.Adapun wanita yg digantung dgn buah dadanya krn dia menyusui anak org lain tanpa izin suaminya.

5.Adapun wanita yg diikat dgn kaki & tangannya itu krn dia keluar rumah tanpa izin suaminya, tidak mandi wajib dr haidh & nifas.

6.Adapun wanita yg memakan badannya sendiri krn suka bersolek utk dilihat lelaki lain serta suka membicarakan keaiban org.

7.Adapun wanita yg memotong badannya sendiri dgn gunting dari neraka kerana dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) dikalangan org yg banyak dgn maksud supaya org melihat perhiasannya dan setiap org jatuh cinta padanya krn melihat perhisannya.

8.Adapun wanita yg diikat kedua kaki & tangannya sampai ke ubun2nya & dibelit oleh ular & kala jengking krn dia mampu mengerjakan solat & puasa.Tetapi dia tidak mahu berwudhuk & tidak solat serta tidak mahu mandi wajib.

9.Adapun wanita yg kepalanya spt kepala babi & badannya spt kaldai krn dia suka mengadu-domba (melaga-lagakan org) serta berdusta.

10.Adapun wanita yg berbentuk spt anjing krn dia ahli fitnah serta suka marah-marah pada suaminya.

Dan ada diantara isteri nabi2 yg mati dlm keadaan tidak beriman kerana mempunyai sifat yang buruk. Walaupun mereka adalah isteri manusia yang terbaik dizaman itu. Diantara sifat buruk mereka: -

1.Isteri Nabi Nuh suka mengejek & mengutuk suaminya.

2.Isteri Nabi Lut suka bertandang ke rumah org.

Semoga Allah beri kita kekuatan untuk mengamalkan kebaikan dan meninggalkan keburukan. Kalau kita tidak berasa takut atau rasa perlu berubah... maka kita kena khuatir .Takut kita tergolong dlm mrk yg tidak diberi petunjuk oleh Allah. Nauzubillahi min zalik.

Wassalam.

"Hiasilah Diri Kita Dengan KEIMANAN Bukan Dengan KEEGOAN".